Kes DSAI ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen hari ini secara rasmi memindahkan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk didengar oleh Mahkamah Tinggi walaupun mendapat bantahan dari peguamnya.

puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 haji sulaimanPeguam Anwar - Sulaiman Abdullah - mengemukakan bantahan awal, memohon supaya perkara itu didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah, tetapi ia ditolak oleh Hakim Rozana Ali.

Rozana mendengar prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini kerana Komathy sedang bercuti.

Peguamcara 11, Yusof Zainal Abiden telah memohon supaya kes tersebut dipindahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Md Diah memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, boleh diterima di bawah Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, Sulaiman berhujah bahawa di bawah seksyen tersebut, kes berkenaan sepatutnya dijalankan di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808″Saya faham yang beliau (Komathy) sedang bercuti dan sebaik-baiknya kita menunggu kes ini didengar oleh beliau. Itulah keputusan yang betul. Kita harus menunggu Komathy balik (bertugas),” katanya.

Sementara itu, Yusof berhujah bahawa mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat.

Sulaiman pula membantah dan mengulangi bahawa seksyen berkenaan memberi arahan khusus bahawa kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).

Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dan berkata bahawa perintah telah dibuat dan oleh itu, mahkamah tidak perlu lagi menunggu Komathy balik bertugas.

Beliau juga berkata tidak wujud prejudis terhadap kes tersebut jika ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini. MKini


*info dari PerakExpress.com tulisan Hafiz Yatim

0 comments:

Post a Comment