Azalina sedia dipanggil SPRM


KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu.

:Katanya, beliau tidak pasti sama ada akan dipanggil atau tidak berikutan tiga pegawai SPRM hadir ke pejabatnya kelmarin serta mengambil keterangan daripada beberapa pegawainya.

:“Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya terhadap SPRM. SPRM ini badan profesional. Biarlah SPRM menyiasat kerana ini merupakan tanggungjawab mereka bagi membasmi gejala rasuah dan yang penting di sini, saya akan beri kerjasama sepenuhnya. Saya juga yakin ‘person is innocent until prove guilty’,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam

:Ketika diminta mengulas mungkin terdapat orang ketiga yang ingin menjatuhkan maruahnya menjelang Mesyuarat Agung UMNO minggu depan, Azalina berkata, beliau tidak mengetahui dan turut menafikannya.

:“Saya tidak nafikan terdapat perselisihan faham di dalam Wanita UMNO tetapi saya tidak bertanding dalam merebut jawatan itu... Saya hanya bertanding merebut jawatan M:ajlis Tertinggi UMNO dan saya tidak tahu kalau ada ahli yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi ingin menjatuhkan saya,” katanya.

:Menurut Azalina, beliau turut tidak mengetahui jumlah sebenar pegawai dari kementeriannya diambil keterangan oleh SPRM dan juga tidak mengetahui berkaitan penemuan RM70,000 di dalam kereta Setiausaha Politiknya, Jumaat lalu.

:“Saya tidak mengetahui mengenai soal siasat itu serta dokumen apa yang telah diambil oleh SPRM termasuk penemuan wang berkenaan. Saya hanya tahu kesemua maklumat tersebut melalui pegawai saya dan melalui akhbar hari ini (semalam),” katanya.

:Ditanya mengenai bilangan pegawainya yang disoal siasat dan dokumen kementerian yang dirampas oleh SPRM, Azalina berkata beliau tidak mengetahui tentang perkara itu.

* dipetik dari Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment